Lawatan MCMC dan Ant International

20 Januari 2024 | Aktiviti Terkini

19 Januari 2024, Jumaat – Satu sesi lawatan daripada MCMC PEDi Program Management Department, The Industry Development Sector MCMC, dan wakil syarikat Ant International disertai pihak Maxis dan Sprintz Designs di PEDi Presint 18 pada Jumaat yang lalu.

Program bermula pada pukul 3.00 petang dengan sesi pembentangan daripada Pengurus PEDi iaitu Puan Haryati berkenaan pengenalan PEDi, program yang telah dijalankan dan usahawan yang aktif di PEDi Presint 18. Seterusnya adalah penerangan daripada wakil Ant International mengenai pengenalan syarikat dan peluang usahawan yang boleh digunakan dalam jualan secara atas talian di Marketplace.

Program disempurnakan dengan sesi penutup dan sesi bergambar bersama pegawai MCMC, Maxis dan Staf PEDi. Program telah berlangsung pada pukul 3.00 petang hingga 5.00 petang.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali

Kembali Ke Atas